Dec 19, 2012
pencuri2!!
somethg happen isnin aritu.. aku balik n nmpk sliding door terbuka.. rs x sdp ati.. sekali masuk2 tgk.
AaaAAAAAAAAA Laptop xde.. aku masuk bilik.. lampu terbuka n abis sume barang yg kat laci ade kat luar.. duit anak aku xde.. gelang anak aku pun da xde... trs call laki aku gtau umah kena pecah.. pastu tggu die balik n buat repot polis.. huhuhu
sedeynya laptop tu huhuhuhuhuhuhu
Dec 10, 2012
Pendaftaran darjah 1 bagi tahun 2014
Sekarang da bulan 12.. Thn depan arif masuk 6 thn. Baru ke daftar arif utk tadika 6 thn.. Yuran 800 lebih.. Hmm.. Tadi masa tgh google nak cari tadika lain tetiba terdetik nak tgk macam mana nak daftar darjah 1.. Rupe2 nya pendaftaran darjah 1 telah pun dibuka sejak mac 2012 lagi..
Fuh.. Da kena daftar rupenye.. Hahaha adoi la.. Nak masuk sekolah mane pun aku tak terpikir lagi..
So diskus ngan husband tadi n amik keputusan masukkan kat sekolah yg dekat dengan neseri die... SK Ampang Campuran... Hmm hopefully ni yg terbaik.. Ni blum dftr sek ren agama die lagi.. Ni lagi satu hal.. Pening pikir nak masuk kan kat sekolah mane.. And sekolah renda agama area sini kat mane???
Ah tensen2 anak nak sekolah ni macam2 la nak kene buat.. Hadoi...
Hopefully sekolah tu masih ada kosong.. Senang sikit nak pikir
Dec 6, 2012
SUSASTERASERI
Pelik je kan dengan tajuk aku kat atas tu.. Tapi tadi aku terbaca satu blog.. SUSASTERASERI. BLOGSPOT. Sebuah kisah seram yang diadaptasi dengan menarik..
Pandai tukang cerita nya..
Tak sabar nak tggu episod2 yang akan datang..
Nov 25, 2012
Jaybeesss 17 & 18 Nov
Hehehe this week kita melancong ke JB laks....
Actually asben i ade mv kat JB.. kat Restoran Singgah Selalu. Sabtu malam la.. and then soknya ahad ade kenduri kahwin salah seorang ahli kelab MyManutd yang kire rapat la ngan asben i... so kali ni group dorg kenala macam menghadirkan diri.. (bahagian IT la)...
So far kitorg gerak awal pagi tadi kira2 kul 9am cmtu la.. Sbb hsbnd aku nak buat balancing keta katenye.. Kiranya kul 1030 gerak dr seremban.. x jauh pun perjalanan kira2 dalam 2 jam lebih.. Kira2 dlm kul 1 lebih da sampai kat kat JB.. asben i nak jumpe geng MyManutd dulu kat JPO.. Atau fullnye.. Johor Premium Outlets.. Selain kitorg ade lagi 1 keta yg follow.. sid, kerik ngan hermy.. JPO ni kire tpt barang2 branded la.. tp rase cam tak sesuai je tptnye.. sebab panas gielr.. fuh.. Yang bestnya sbb banyak kedai branded2 kat sini.. Ade padini... Vincci... Burberry... Guess.. Fosill.. Clarks.. N bnyk lagi la.. Tapi yg peliknya apsal dorg buat open cmni... Aku dok la bayangkan mcm shopping kompleks la.. Kira mcm pavilion la.. Pastu kedai makan pun trhad...hmm
Yg best anak aku nka coklat m&ms dlm kotak kecik je harga rm35 sbb ade patung.. Aiyak sengkek la mak, nak oiii... Tp pujuk2 dpt la belikan die gula2 rm2 hehehe...
Pas dr JPO tu kitorg g makan kat Taman U Skudai.. Kira kat sini port budak2 UTM SKudai lepak la.. Pastu terus g cek in kat hotel.. Amik hotel murah je.. Kitorg amik Tune Hotel Kat danga bay.. Lagi pon asben aku nak g tgk bola malam tu kat restoran singgah selalu n restoran tu mmg dekat la ngan hotel ni.. x sampai 15 minit pun naik kereta.. kalo jalan kaki mau gak la setgh jam.. Tapi walu pun kira bajet tapi not bad la.. Aku amik yang kosong.. Without ekon, wifi, n entrtnmnt.. Pastu dorg toiletries ngan towel pun kene bayau.. Huh tak yah le.. Bawa je sendiri.. Hehe.. Tapi okla kipas ade.. Sejuk gak.. Tak yah ekon pun.. Pastu bilik air shower sume ade. Siap hair dryer lagi.. Not bad.. Okla.. Just nak tdo 1 mlm je kan.. Aku amik yg ni baru rm90.. Murah tak?? Haaaaa.. So soknye kitorg gerak da nak g kenduri kawen member asben.. Balik dr kenduri tu singgah la jap ke Legoland.. X masuk pun... Just amik2 gambar je.. Hahaha... Pastu balik da.... Mmm.. Babai jaybeeeee...
Nov 11, 2012
Arif konvo + arif birthday
Kat sinie ada la gambar sket smbut besday anak aku... Simple je n beli kek pun kecik je.. Sbb tak de plan lgsg pun nak wat..lagipon atuk ngan wan xde.. Sepupu die qistina pun xde so belikek kecik je la sbb da janji n ade tiup lilin.. Da le..
Oct 30, 2012
Jalan2 padang 23-27 oct part2
Khamis 25 oct..
Hari ni sonok la sikit sbb dpt g Bukit Tinggi tgk Jam gadang.. Hehheeh
Dapat la lalu kat kelok 44.. Nasib xde yg muntah2.. Pemandangan pun cntik je?. Sebelum tu kitorg sempat singgah ke tpt Hamka.. Tp tak dpt nak masuk rumah die..
Jumaat 26 oct..
Ari ni raya haji.. Kununnya pagi tu nak g kubur nenek n pasti g la jln2 kat area situ umah mamak2.. Sekali hujan dari pagi sampai ke maghrib.. Pas maghrib tu mak long buat kenduri doa selamat sikit..
Sabtu 27 oct
Huhu hari ni nak balik da.. Flight pukul 1355.. Babai atuk semua di Padang.. So pagi2 da kene gerak.. VAn yg biase jemput kitorg datang kul 9 camtu.. Insyaallah ade rezeki nor akan dtg lagi..
Jalan2 to Padang 23t-27 oct 2012
Feb 26, 2012
NEW HOBBY?????
DOA
Jan 1, 2012
Rumah paling mahal didunia...
Pastu aku jumpe lak kat youtue rumah si Shah Rukh Khan... fuh.. bapak la mewahnye.... tu la dorg kalo artis kat sana kaya sampai mcm ni la.. macam artis hollywood... katil die je mau ratusan ribu kot... aish...
1.1.2012.......... BERMULA SEBUAH CERITA.....
Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.
Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran. Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.
Satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.
Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks. Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya. Amalkanlah!!
Sumber: http://telekungsolat.blogspot.com