Jom Tgk

Loading...

Sep 1, 2016

NAK TUKAR SKIN CARE BARU

Hari ni aku ada mood sikit sebab nak cerita pasal skin care baru..
Sebelum ni aku guna Nour ain. mula2 tu ok la gebu je muka rasa.. tapi jeragat still ade, 
takleh hilang pun..
ade la setahun lebih aku pakai. tapi bila lama2 aku rasa bosan plak.
so mari bertukar!!
Mungkin sebab umur pun dah meningkat jadi Nour Ain pun takleh berkesan dah. haha Setelah di survey2 kat web, tgk testimoni orang lain, aku nak pilih antara Bio Essence dengan Nutox, tapi Bio Essence ni banyak rangkaian.. macam2 ada, aku tak tau nak pilih mana satu.
At last aku pilih Nutox - no paraben and base on bird nest.

Aku baru jek beli sebab tgh ade merdeka sale jadi murah la. Aku beli yang travelling pack tu kat Guardian, ada 3 item kat dalam:-

1) Cleansing Foam 40ml
2) Astringent Toner 40ml
3) Moisture Emulsion SPF25 25ml

Harga RM25.88 tapi ada sale dapat RM20.70 je, berbaloi la. Aku memang suka pergi Guardian ngan Watson ni.. kadang tu kalau malas nak makan lunch alamat nya berejam la kat sini.




Gambar2 ni masa aku gi survey2 harga kat Watson ngan Guardian,

Since Ofis aku dekat ngan Aeon, selalu gak aku gi sana usha Kat Aeon Wellness plak. Tapi Aeon Wellnes tu mahal sikit la dibanding 2 Drugstore Peberet ni..

Ni harga masa merdeka hari, biasa la mana2 pun tengah sale.
Sakang ni tak tau la harga dia macam mana.

Yang travel set tu sorry, barang2 nya aku da keluarkan.. tapi mcam tu la packaging dia.
Nanti aku nak beli serum dia plak, sebab ramai survey kata serum dia tersangat la bes.

Perasaan aku bila da pakai Nutox:-

Best gak foam dia, tak de la buat kulit muka aku jadi tegang macam kalau aku pakai Nivea punya pencuci muka.

Lepas tu Toner dia pun best,, walaupun ada cam rasa pedih2 kat sesetengah tempat (tapi masa first time pakai je la lelama tu ok je rasa dia.) tapi tak la teruk sangat.. best gak.

Moisturizer dia pun best sebab lotion base, so tak de la muka berminyak2.

ni aku baru pakai 3 hari.. Mudah2an okla  skin care aku yang baru ni..