Jom Tgk

Loading...

May 7, 2013

Perempuan yang patah hati

Perempuan yang patah hati
Kerana aku ini hanyalah separuh dari perempuan perempuan yang deritanya menggulung ke syurga
dan berpura pura menjadi utuh

Cinta itu tak pernah mati melainkan  angkara diri yang tidak tahu aturan cara untuk memeliharanya

Cinta mati kerana kebutaan
Ia mati kerana kesilapan
Ia mati angkara pengkhianatan

Cinta itu mati kerana ia telah terlalu menderita
Dan luka dalam kepanjangan waktu
Ia meninggal kerana keletihan
Ia meninggal kerana kesedihan
Ia mengerut pilu kerana asingnya dunia
Dan ia  berangkatan musim kerana ia tahu ia akan mati di penghabisan

Aku tidak tahu Cinta,
mungkin segalanya akan baik baik sahaja pada akhiran nanti

Dan sekiranya masih seangkutan lagi derita derita kita ini tidak pergi,
maka tidak mengapa Cinta
kerana itu alamatnyaTuhan masih belum mahu menitikkan kesudahan didalam hati hati kita yang patah ini.

By Rasyidah othman